Expired : 18.06.18

Penggunaan iOS 12 Mencecah 75% – Kurang 3 Bulan Sejak Diperkenalkan Untuk Umum

Usia iOS 12 sudah hampir ke tiga bulan. Tidak sampai 45 hari sejak ia diperkenalkan, sebanyak 60% peranti iOS telah menjalankan iOS baru ini dan 63% untuk peranti iOS yang dilancarkan sejak empat tahun lalu. Laporan terkini dari Mixpanel telah memperlihatkan sebanyak 75% jumlah peranti iOS yang menjalankan iOS 12.



Ini bukanlah data rasmi dari Apple, kerana di Apple ia masih memaparkan penggunaan bulan Oktober sahaja. Bulan November belum lagi akhir, angka 75% ini adalah satu perkara yang membanggakan. Ini kerana, jika dibandinkan dengan iOS 11 – tahun lepas selepas ia diperkenalkan hanya 59% dan angka 65% tercapai hanya pada Januari lalu.


iOS 12 tidak dinafikan adalah versi iOS yang terbaik. Bayangkan, kurang 3 bulan 75% peranti iOS sudah jalankan sistem operasi terkini. Untuk Android, angka Android Pie adalah sangat rendah, laman pembangunan Google sehingga hari ini masih tidak memaparkan jumlah penggunaan Android 9.0 Pie ini.


 


Sumber: Phonearena, melalui Mixpanel


Norlida Ishak Shop