Expired : 18.06.18

Penggunaan vape bakal diletakkan bawah Akta Tembakau – menteri

BERITA ini mungkin tidak menggembirakan pengguna rokok eletronik termasuk Vape.


Jika sebelum ini penggunaannya tertakhluk di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ia bakal diletakkan di bawah Akta Kawalan Tembakau melalui penguakuasaan serta seliaan Kementerian Kesihatan.


Menteri Kesihatan, akta itu sedang dirangka bagi memastikan penggunaan alat itu tertakhluk di bawah penguatkuasaan, hal ehwal penjualan, undang-undang dan hukuman yang ditetapkan kementerian tersebut.


Lebih ketat

Perkembangan ini bakal menyaksikan kemungkinan undang-undang lebih ketat akan dilaksanakan terhadap penggunaan rokok elektronik.


Katanya, sebelum ini lesen penjualan rokok elektronik dan vape terletak di bawah bidang kuasa KPDNHEP, manakala kandungan nikotin dalam rokok terbabit pula di bawah kementeriannya.



“Kita sedang menyiapkan rang undang-undang dan kami harap ia dapat disiapkan menjelang akhir tahun ini sebelum dibentangkan ke Parlimen.


“Sebelum ini, penjualan rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin tertakluk di bawah Akta Racun 1952,” katanya dalam sidang media selepas Sambutan Hari Kesihatan Dunia 2019, Putrajaya, hari ini.



Demi persekitaran lebih sihat



Menurut Dzulkefly, kementeriannya komited untuk melaksanakan akta terbabit kerana ia dapat menjadikan persekitaran lebih sihat.


Ditanya mengenai cukai gula pula, Dzulkefly berkata, pihaknya tidak bercadang untuk mengenakan cukai kepada restoran atau kedai makanan yang menjual air bergula.


“Kita bagaimanapun akan memperincikan mengenai perkara ini.


“Buat masa ini kita hanya memberi nasihat kepada orang ramai supaya mengurangkan pengambilan gula dalam minuman,” katanya. – NMP


The post Penggunaan vape bakal diletakkan bawah Akta Tembakau – menteri appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop