Expired : 18.06.18

Penguat kuasa JPJ ditahan lindungi sindiket ‘lori kebal’


GEORGE TOWN, 10 Syaaban 1440H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 31 individu termasuk 23 anggota penguat kuasa Jabatan Pengngkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang kerana disyaki melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan keslahan jalan raya di sekitar negeri itu.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika mengesahkan penahanan itu berkata, mereka merangkumi 28 lelaki dan tiga wanita, berusia 31 hingga 54 tahun.


“Operasi besar-besaran oleh ibu pejabat SPRM Putrajaya dengan kerjasama SPRM Pulau Pinang itu dilakukan hasil risikan sejak beberapa bulan lepas dan menerusi maklumat orang awam,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.


Beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi terutamanya penguat kuasa JPJ Pulau Pinang akan dipanggil untuk membantu siasatan kes menurut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Sementara itu, sumber berkata,kesemua mereka ditahan di pejabat SPRM Pulau Pinang ketika hadir memberi keterangan antara 10 pagi dan 4 petang tadi.


“Lapan yang ditahan merupakan orang awam yang berperanan sebagai proksi, tonto serta pemilik syarikat, “kata sumber itu.


Katanya, penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 terlibat dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 dan RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ.


“Tangkapan ini merupakan siasatan peringkat pertama dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya.


Beliau berkata, kumpulan lori-lori yang dilindungi itu dibekalkan dengan pelekat khas yang disediakan oleh tonto agar mereka mudah dikenal pasti dan kebal daripada tindakan penguat kuasa.- Bernama


The post Penguat kuasa JPJ ditahan lindungi sindiket ‘lori kebal’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop