Expired : 18.06.18

Pengurus Nafi Khabar Angin Zamani Tarik Diri Gegar Vaganza 5

Ramai yang terkesan dan merasa sebak saat penyanyi Zamani gagal meneruskan nyanyiannya pada pentas Gegar Vaganza 5 hujung minggu lalu gara-gara peti suaranya koyak. Penyanyi lagenda itu juga kelihatan begitu kecewa dan hanya menunduk kemudian menangis.



Ada yang setuju apabila penaja Datuk Seri Aliff Syukri menggunakan imuniti untuk menyelamatkan beliau daripada penyingkiran tetapi ada juga segelintir pihak yang mempersoalkan tindakan tersebut. Keadaan menjadi lebih hangat selepas bekas pengurus Zamani, Johan Aziz ada mengeluarkan kenyataan bahawa penyanyi itu akan menarik diri dari program GV5 ekoran keadaan kesihatannya itu.








Walaubagaimanapun, ia sekadar khabar angin sahaja dan pengurus Zamani terkini iaitu Aalan Ahmad meminta tiada pihak mengeruhkan lagi keadaan.



Saya yang uruskan Zamani, jadi saya orang yang bertanggungjawab untuk membuat sebarang kenyataan tentang Zamani. Zamani seorang yang jujur, dia masuk GV5 cara baik, dia akan keluar dengan cara baik.


Memang Datuk Alif Syukri ada menawarkan imuniti tapi kami masih belum membuat keputusan untuk terima atau tidak imuniti ini. Semuanya bergantung pada kesihatan Zamani, jika ada kemungkinan Zamani masih tidak boleh menyanyi kami akan pulangkan imuniti itu kerana ia tidak adil untuk peserta lain. Zamani tidak putus-putus meminta maaf, katanya tidak ada rezeki untuk dia di sini lagi. Dia juga menangis kerana telah menghampakan peminatnya.



Buat masa ini kita doakan yang terbaik buat Zamani dan teruslah menyokong beliau. Semoga beliau kembali pulih seperti biasa.


Sumber Berita : Utusan Online & MHETV


Norlida Ishak Shop