Expired : 18.06.18

Peniaga prihatin, petugas hospital terima 1,200 tudung sauk

Sejumlah 1,200 pasang tudung diserahkan kepada Hospital Sungai Buloh dalam memudahkan petugas wanita menguruskan pesakit. — Foto oleh Yusof Mat Isa
Sejumlah 1,200 pasang tudung diserahkan kepada Hospital Sungai Buloh dalam memudahkan petugas wanita menguruskan pesakit. — Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Prihatin terhadap kesibukan petugas wanita, beberapa peniaga dan individu terpanggil menyumbangkan tudung sarung ke beberapa hospital seluruh negara.

Sejumlah 1,200 pasang diserahkan kepada Hospital Sungai Buloh dalam memudahkan petugas wanita menguruskan pesakit yang kian bertambah saban hari.


Seorang pengguna Twitter memaklumkan usaha berkenaan juga akan digerakkan ke Hospital Taiping dan Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah.


Antara peniaga yang mengambil bahagian dalam sumbangan itu ialah Marya Houte, Fana Couture, Nur Nirwana, Immora Hijab, Tudung Muslimah Moden, TudungPeople dan Chefiza collection.