Expired : 18.06.18

Penjawat Awam Filipina Yang Memainkan Permua Ketika Waktu Pejabat Boleh Digantung Kerja Setahun

Rungutan yang sering muncul di media sosial ialah penjawat awam yang tidak melakukan kerja dengan baik ketika waktu pejabat. Video penjawat awam yang tidur kerap kali tular sehingga menimbulkan kemarahan warga. Di Filipina, penjawat awam yang didapati menggunakan permua ketika waktu pejabat boleh dikenakan hukuman yang berat.


Kesalahan pertama boleh menyebabkan mereka digantung kerja selama 6 hingga 12 bulan. Sekiranya mereka melakukannya sekali lagi, mereka akan terus dibuang dari kerja. Amaran ini diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Filipina selepas seorang datuk bandar di negara tersebut mendapati sebahagian besar penjawat awam menggunakan permua ketika waktu pejabat. Pengharaman ini berkuasa kuasa pada komputer pejabat, komputer peribadi, telefon kerja dan juga telefon milik peribadi.


Norlida Ishak Shop