Expired : 18.06.18

Penulis Skrip Crazy Rich Asians Tarik Diri Untuk Sekuel Filem Kedua

Filem adalah suatu medium pelaburan jangka panjang. Sebagai peminat filem yang menghargai bakat serta karya artis tempatan atau luar negara, anda pastinya menjangkakan filem-filem yang ditonton akan menghasilkan sekuel untuk meneruskan kesinambungan cerita tersebut.


Akan tetapi, bukan semua sekual filem berjalan lancar. Ada filem yang tergantung separuh jalan atau mengambil masa yang lama untuk dihasilkan.



Selepas kejayaan Crazy Rich Asians menjadi filem pecah panggung di Amerika Syarikat serta mencipta fenomena hebat untuk pasaran Singapura dan Malaysia, penonton seakan-akan tertunggu-tunggu sekuel filem ini.


CAAM_presents_Conversation_with_CRAZY_RICH_ASIANS_Director_Jon_M_Chu_on_Wednesday_May_16th-1


Namun, perkongsian di Twitter @DiscussingFilm, penulis bersama, Adele Lim tidak lagi terlibat dengan sekuel filem ini. Lim tidak bersetuju dengan jumlah bayaran yang ditawarkan pihak Warner Bros kepadanya kerana lebih rendah berbanding bayaran seorang lagi penulis, Peter Chiarelli.



Adele Lim will no longer co-write the ‘CRAZY RICH ASIANS’ sequel due to a massive pay parity issue. Warner Bros offered $800,000-$1M to co-writer Pete Chiarelli however Adele Lim was only offered $110,000+. (Source: https://t.co/E6pzFwdaYi) pic.twitter.com/2r51FtSHdi


— DiscussingFilm (@DiscussingFilm) September 4, 2019



Walau bagaimanapun, Warner menjelaskan kepada Lim harga tersebut berdasarkan ‘industry-standard established range’ serta mengikut pengalaman mereka.


Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati Lim dan merasakan jumlah bayaran tersebut tidak realistik. Namun, pada Februari lalu, Color Force sekali lagi bertemu Lim untuk berunding dan Chiarelli bersedia untuk membahagikan bayaran yang diterimanya dengan Lim tetapi Lim menolak.


Ekoran kejadian tersebut, ia mendapat perhatian netizan dan ramai yang memberi komen. Tidak ketinggalan ada yang merasakan jumlah bayaran yang ditawarkan kepada Lim memang tidak masuk akal.



Checked both writers & Adele Lim has 2x more writer credit (mainly TV shows) than Pete Chiarelli & he has only written 3 films. Seems like a mediocre writer and lesser known, so I understand Lim leaving. She's credited on some well known shows, but I don't know how good they are.


— e n g i n e [No.9] (@2ndMan_) September 4, 2019




So I looked into this and it's reasonable that Chiarelli is paid more than Lim but the HUGE gap between them is ridiculous. 110K compared to 1M?


— susan (@sansanray) September 5, 2019



Untuk pengetahuan anda, kerja pembikinan sekuel filem Crazy Rich Asians sedang berjalan buat masa ini tetapi agak perlahan.


Mungkin terlalu awal untuk meramal dan laluannya pasti sukar. Semoga sekuel filem ini dapat diteruskan dan dapat memberikan santapan enak kepada penonton kelak. Anda boleh klik pautan di bawah untuk lebih banyak artikel menarik berkaitan filem.



Rundingan Ditutup, Spider-Man Sah Tidak Akan Kembali Ke MCU





‘Raatchasi’ Filem Tamil Hebat Yang Perlu Ditonton Oleh Semua





‘Sangkar’ Catat Kutipan RM4.8 Juta Dalam Masa 5 Hari




Norlida Ishak Shop