Expired : 18.06.18

Penumpang Grab Akan Perlu Mengambil Gambar Swafoto Apabila Memasuki Kenderaan Bermula 12 Julai

Berikutan beberapa kes baru-baru ini yang melibatkan musibah yang menimpa pemandu-pemandu perkhidmatan seru-pandu Grab, syarikat tersebut bakal memperkenalkan sebuah langkah baru untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan pemandu-pemandu mereka.


Melalui sebuah notis yang dikeluarkan pada aplikasi Grab, bermula 12 Julai kelak, para penumpang akan perlu mengambil gambar swafoto setiap kali mereka menaiki sebuah kenderaan Grab.



Menurut notis yang diberikan, gambar swafoto ini khusus untuk tujuan pengesahan penumpang, keselamatan dan juga untuk membantu pihak berkuasa. Gambar-gambar yang diambil juga tidak akan dikongsi dengan para pemandu Grab.


Ini juga mungkin bermakna bahawa Grab akan hadir dengan beberapa kemaskini yang besar dan penting untuk aplikasi mereka, kerana 12 Julai juga merupakan tarikh dimana semua para pemandu Grab akan diwajibkan mempunyai lesen PSV untuk beroperasi dengan sah.


Norlida Ishak Shop