Expired : 18.06.18

Penyanyi Korea, Han Byul Juara Big Stage 2019!




Syafiqah Jalal



Hiburan

Penyanyi Korea, Han Byul Juara Big Stage 2019!
Penyanyi berasal dari Korea Selatan, Han Byul dinobatkan sebagai juara Big Stage 2019.

Han Byul telah menewaskan empat peserta lain iaitu Neeta, Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata yang turut bersaing di peringkat akhir program tersebut.

Di pentas akhir tersebut, Han Byul membawakan lagu Lose Yourself di segmen Cover Final serta menyanyikan lagu single baharu berjudul Luka & Bahagia.

Han Byul berjaya merangkul wang tunai RM100,000 bersama sebuah kereta Perodua Axia Style, sebuah telefon pintar VIVO V17 Pro beserta trofi sumbangan Astro.

Sementara itu naib juara jatuh pada Neeta yang berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Neeta telah membawakan lagu I Wanna Dance With Somebody di segmen Cover Final serta lagu single baharu berjudul Ruang Mimpi.

Tempat ketiga yang dirangkul oleh Adzrin berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Adzrin membawakan lagu All Of Me di segmen Cover Final serta menyanyikan lagu single baharu berjudul Picisan

Tempat keempat yang diraih oleh Irfan Haris berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 serta trofi sumbangan Astro.

Irfan Haris membawakan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta di segmen Cover Final serta menyanyikan lagu single baharu berjudul Honey.

Tempat kelima yang dimenangi oleh Dinda Permata berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi sumbangan Astro.

Dinda Permata membawakan lagu Simalakama di segmen Cover Final serta menyanyikan lagu single baharu berjudul Ku Tak Bisa.

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan berada di kerusi juri tetap manakala Misha Omar menyertai mereka berdua sebagai juri jemputan.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2019 dibawakan kepada anda oleh VIVO dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
 
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
 
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!


Norlida Ishak Shop