Expired : 18.06.18

Penyanyi Thailand, Jannine Weigel Suka Makan Sate




ZULHILMI JALIL



Hiburan


Penyanyi Thailand, Jannine Weigel Suka Makan Sate
Penyanyi popular Thailand, Jannine Weigel memberitahu bahawa dia cukup teruja setiap kali tiba di Malaysia kerana berpeluang mencuba pelbagai juadah makanan yang enak.

Jannine atau nama sebenarnya, Jannine Parawie Weigel, 19, berkata, juadah yang menjadi kegemarannya ialah sate.

"Perkara yang paling saya suka mengenai Malaysia adalah kepelbagaian makanan yang boleh dicuba setiap kali bertandang ke sini.

"Menu yang saya suka sekali ialah sate. Begitu juga dengan mencuba makanan tradisi lain seperti nasi lemak setiap kali berkunjung ke negara ini," kongsinya.

Jannine ditemui sewaktu majlis pelancaran syarikat rakaman baru, RedRecords yang merupakan usahasama antara AirAsia dengan Universal Music Group.

Penyanyi kacukan Thailand-Jerman itu diumumkan sebagai artis pertama yang bernaung di bawah RedRecords.

Jannine yang mempunyai lebih 1.5 juta pengikut di Instagram memberitahu, dia berasa bertuah kerana diberi peluang untuk bernaung sebagai artis rakaman RedRecords.

"Saya amat berbangga menjadi artis pertama di bawah RedRecords dan mempunyai sokongan daripada pasukan yang sangat hebat untuk membawa kerjaya saya ke tahap yang lebih tinggi.

"Saya percaya para peminat akan menyukai pengalaman luar biasa yang kami bakal tawarkan dan saya tidak sabar untuk anda semua mendengar muzik baharu saya," katanya.

Jannine yang mula aktif sejak 2010 mempunyai lebih 3.3 juta pengikut di YouTube, selain 3.2 juta pengikut di Facebook dan lebih daripada 500,000 pengikut di TikTok.




 

Norlida Ishak Shop