Expired : 18.06.18

Penyelam kesan isyarat ping dari perakam suara kokpit Lion Air


JAKARTA, 27 Safar 1440H, Isnin – Pihak berkuasa Indonesia melanjutkan tempoh pencarian kotak hitam kedua perakam suara kokpit (CVR), di tengah bangkai pesawat Lion Air yang terhempas minggu lalu. 


Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat (BASARNAS), Muhammad Syaugi berkata, pihaknya memutuskan untuk melanjutkan tempoh pencarian tiga hari lagi bermula pagi ini.


Kotak hitam data penerbangan pesawat itu sudah ditemui Khamis lalu, dan pasukan pencari kini sedang mengesan kotak hitam kedua yang merakam perbualan dalam kokpit.


Rekod data penerbangan serta rakaman perbualan kokpit penting bagi mengenal pasti punca nahas.


Ketua Badan Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia, Marsyal Udara M Syaugi memberitahu, semalam penyelam sudah mendengar isyarat ‘ping’ lemah daripada kotak hitam terbabit.


“Pasukan penyelam sedang berusaha mengesannya,” katanya.




Setakat ini kira-kira 105 beg mayat, dan beberapa mayat yang sempurna ditemui telah diserahkan kepada polis untuk proses pengecaman forensik.


Pesawat Lion Air JT-610 yang membawa 189 penumpang, termasuk dua bayi dan tujuh kru penerbangan itu, dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 6.33 pagi, 10 minit selepas pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Seokarno-Hatta di Jakarta.


Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan tiada mangsa yang terselamat. – Agensi




The post Penyelam kesan isyarat ping dari perakam suara kokpit Lion Air appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop