Expired : 18.06.18

Penyerang 'malu' depan gawang

HANOI: Skuad Harimau Malaya menguasai permainan namun entah di mana silapnya, anak buah Tan Cheng Hoe gagal menjaringkan sebarang gol dan lebih parah, bahagian pertahanan pula bocor sekali gus mengakibatkan Malaysia akur dengan kekalahan 0-1 di tangan Vietnam, kelmarin.


Mengikut statistik perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium My Dinh, Hanoi, Harimau Malaya menguasai 52 peratus perlawanan berbanding pasukan Naga Emas walaupun bermain di depan lebih 50,000 penyokong tuan rumah.


Jelas sekali taktikal yang diterapkan Tan Cheng Hoe sudah menjadi cuma ketumpulan jentera serangan terus menjadi asbab Malaysia sukar menembusi gawang lawan.


Masalah terbabit bukan baharu apabila statistik perlawanan Malaysia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 30 Ogos lalu turut memihak kepada Harimau Malaya yang menguasai 60 peratus permainan.


Cheng Hoe perlu melakukan sesuatu pada pasukan dengan memperbaiki kelemahan membabitkan serangan serta pertahanan berikutan perkara itu menjadi punca Harimau Malaya gagal mengatasi lawan.


Walaupun pasukan negara mempunyai barisan pemain mantap yang mampu mengawal atau menguasai bahagian tengah namun perkara terbabit boleh dikatakan tidak berguna kerana kemenangan tidak berpihak kepada Harimau Malaya.


Sementara itu, Cheng Hoe mengaku ketumpulan bahagian serangan menyebabkan Harimau Malaya gagal mencipta sebarang gol pada perlawanan kelmarin.


Beliau berkata, anak buahnya juga tidak bermain seperti diharapkan dengan gagal melakukan hantaran tepat bagi merencana serangan.


“Malaysia tidak bermain seperti biasa malah sukar untuk merobek pertahanan lawan yang begitu mantap selain tidak mampu menyerap tekanan daripada Vietnam.


“Bahagian serangan pula tidak kreatif dan tidak mampu mengubah taktikal apabila lawan sudah mengetahui atau membaca permainan kita,” katanya ketika ditemui Arena Metro.


Norlida Ishak Shop