Expired : 18.06.18

Penyesuai USB-C Ke Bicu Audio Untuk iPad Pro Dijual Pada Harga RM49

Dengan dua model iPad Pro yang baru dilancarkan semalam, Apple secara rasminya membunuh bicu audio dari kesemua produk iOS mereka selepas ini. Pada iPad Pro, fon telingan tidak disertakan maka mereka memerlukan penyesuai khusus USB-C ke bicu audio. Ia kini dijual pada harga RM49 kerana ia juga tidak disertakan dengan setiap pembelian.



Bagi pengguna setia Apple yang mempunyai EarPods dengan kepala Lightning, malang bagi anda kerana penyesuai dari USB-C ke Lightning tidak pula dijual. Fon telinga EarPods dengan kepala USB-C pula belum dihasilkan. Jalan paling selamat pengguna Apple kini ialah membeli aksesori audio bluetooth yang tidak memerlukan sambungan fizikal kepada peranti untuk digunakan.


Norlida Ishak Shop