Expired : 18.06.18

Penyokong Berjasa baca al-Quran, munajat pada Allah

PONTIAN, 19 Rabiulawal 1441H, Sabtu – Penyokong Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) hari ini mengesahkan mereka adalah penyokong parti politik berakhlak tinggi di negara ini.


Kelainan yang ditonjolkan apabila mereka membaca al-Quran di beberapa tempat pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, hari ini.


Tiada laungan, hanya doa dan munajat kepada Allah SWT sebagai pergantungan dan apa saja keputusan hari ini adalah milik Allah, kata salah seorang penyokong Berjasa.



Membaca al-Quran bukan sahaja satu ibadah tetapi juga jalan untuk seseorang berdoa kepada Allah SWT.


Berjasa mempertaruhkan Presidennya, Prof Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz dalam PRK Parlimen Tanjung Piai.


Tok Badh dijadualkan akan melawat ke beberapa pusat mengundi hari ini antaranya di SK Kampung Sawah, SJKC Yu Ming 1 & 2 dan SK Pangkalan Raja.


Seramai 52,471 pengundi akan menunaikan hak mereka untuk memilih wakil rakyat baharu hari ini.





Tok Badh adalah bekas Profesor Kanan dan Pengarah Korporat Strategik Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau yang lebih mesra disapa Tok Badh adalah pemegang Ijazah Kedoktoran dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kyoto.


Tok Badh pernah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang (UMP), selain mempunyai pengalaman industri selama 10 tahun bersama syarikat multinasional Amerika dan syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari.


Sebelum diangkat sebagai Presiden Berjasa tahun lalu, beliau aktif dalam aktiviti membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kemasyarakatan sama ada di dalam atau luar negara.


The post Penyokong Berjasa baca al-Quran, munajat pada Allah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop