Expired : 18.06.18

Perak-Kedah Mungkin Bertemu Sebanyak 7-8 Kali Pada 2019

Perak-Kedah Mungkin Bertemu Sebanyak 7-8 Kali Pada 2019

Kedah dan Perak bakal membuat perhitungan kali keempat musim ini pada hari Sabtu ini.



Lebih menarik 2019 mungkin bakal menyaksikan kedua-duanya bakal bertemu sesama sendiri sebanyak 7 atau 8 kali dalam tempoh setahun.


Sebelum ini mereka sudah bertemu sekali dalam saingan pra musim dalam aksi amal Unity Shield di Alor Setar manakal dua lagi pertemuan berlangsung ketika perlawanan Liga Super. Aksi keempat melibatkan dua pasukan utara ini pula akan ditentukan pada pentas akhir Shopee Piala FA pada 27 Julai ini.


Yang menjadikan kemungkinan keduanya bakal bertemu sebanyak 7 hingga 8 kali semusim adalah kerana posisi mereka yang tidak berada dalam balang yang sama untuk undian Piala Malaysia sekaligus memungkinkan keduanya berada dalam kumpulan yang sama dan bertemu semula di separuh akhir mahupun akhir kelak.


Menarik untuk dinantikan !


Norlida Ishak Shop