Expired : 18.06.18

Perak sokong cadangan gubal akta cegah hina raja Melayu


BANGI, 28 Jamadilawal 1440H, Ahad – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyambut baik cadangan untuk menggubal undang-undang khas bagi mencegah perbuatan menghina institusi diraja.


Memetik laporan media tempatan, Ahmad Faizal berkata, sudah tiba masanya cadangan itu dipertimbang susulan beberapa insiden membabitkan pengguna media sosial yang memuat naik status serta komen menghina institusi raja-raja Melayu


“Ada cadangan untuk kita gubal undang-undang baharu khusus untuk perkara ini dan saya bersetuju kerana perbuatan mereka jelas menghina insitusi diraja yang mesti kita pelihara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


“Saya fikir sekarang ini sudah sampai tahap melampau tanpa memikirkan kesan terhadap perbuatan mereka, justeru saya menyokong tindakan polis menjalankan siasatan ke atas pihak berkaitan,” katanya.


Sebelum ini, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menggesa tindakan tegas diambil terhadap pengguna akaun Facebook yang menghina Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, yang baru dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.


Memandang serius terhadap gejala berkenaan, Wan Rosdy berkata, penghinaan yang dilakukan bukan sahaja biadab pada tahap paling buruk, malah pengkhianat kepada kedaulatan institusi raja.


Pada masa sama Wan Rosdy turut mencadangkan agar undang-undang khusus dan lebih berat seperti mana undang-undang Les Majeste di Thailand mula dibincang secara serius untuk diperkenalkan di negara ini.


Di Thailand, menghina institusi raja adalah satu kesalahan mengikut Peruntukan 112 Kanun Acara Jenayah dan pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.


The post Perak sokong cadangan gubal akta cegah hina raja Melayu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop