Expired : 18.06.18

“Perasaan saya remuk dan patah hati…” – Faizal Tahir batal hasrat adakan konsert, umum berundur daripada industri

PENYANYI Faizal Tahir mengumumkan untuk berehat panjang daripada industri hiburan selepas terkejut dengan berita pemergian dua individu rapat dengannya iaitu pemain gitar Wan Kelly dan Fauzi Samin atau dikenali sebagai Aji.


Menyifatkan ia sebagai kehilangan besar buat dirinya, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 40, berkata, dia juga membuat keputusan untuk membatalkan hasrat mengadakan konsert berskala besar yang dirancangnya sebelum ini.


“Dua telah pergi… dalam tempoh empat bulan saya kehilangan dua individu yang saya anggap abang, dua insan penting dalam kumpulan dan muzik saya.


“Individu utama dalam setiap persembahan ‘live’. Mereka juga yang ada di belakang saya selama ini yang mendorong dan membantu bila-bila masa saya memerlukan mereka.



Wan Kelly dan Aji menjadi tulang belakang dalam setiap persembahan live Faizal Tahir.


“Mereka memainkan peranan yang amat besar dalam penghasilan muzik dan persembahan saya. Mereka pergi dan tiada pengganti… persembahan live saya takkan pernah hidup tanpa mereka.


“Saya percaya ini masa terbaik untuk mengumumkan bahawa tidak akan ada konsert berskala besar seperti yang dirancang. Namun berharap ia akan diadakan pada masa hadapan sebelum saya mengundurkan diri,” ujarnya.


Faizal mengumumkan perkara itu menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Jumaat.


Dalam pada itu, penyanyi lagu Ragaman ini turut menyifatkan pemergian dua gitarisnya itu adalah petunjuk buat dirinya bersara daripada industri hiburan tanah air.


Faizal Tahir mengumumkan untuk berehat panjang.





View this post on Instagram


Until i see you again.


A post shared by FT (@faizal_tahir) on









View this post on Instagram


2 gone. In the space of 4 months, i’ve lost 2 of my brothers, the 2 main people in my band. The core of my music. The foundation of my live performances. For so long they were there for me to push me and at the same time to pull me when i needed it. They have played a huge role in the development of my music and live performances. Gone and never to be replaced because i am not looking to replace them. My live performances will never be the same without them. And so i believe it is safe for me to say at this moment, that there will not be that one big full-scale concert i was planning and hoping to give to you all in the near future before i make that step back. I cannot. I don’t believe in coincidences. Everything happens for a reason. And this has its own reason. Its also a reminder and a sign. A sign for me to take that step back. Yes, i am devastated and heartbroken


Norlida Ishak Shop