Expired : 18.06.18

Peraturan, undang-undang pembinaan rumah ibadat akan diseragamkan

KUALA LUMPUR, 21 Rabiulawal 1440H, Khamis – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, peraturan dan undang-undang mengenai pembinaan rumah ibadat akan diseragamkan menerusi dasar kebangsaan dalam masa terdekat.


Beliau berkata, penyeragaman itu perlu bagi melaksanakan arahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memutuskan bahaea pembinaan rumah ibadat baharu perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).


Katanya, jika penyeragaman peraturan itu hanya membabitkan perubahan undang-undang kecil, maka dasar kebangsaan berhubung pembinaan rumah ibadat itu dijangka boleh berkuat kuasa seawal bulan depan.


“KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) akan mengeluarkan syarat bagi mana-mana rumah ibadat yang hendak dibuat. Syarat ini sebenarnya sudah ada tapi banyak (rumah ibadat) yang tidak sah dan dibina atas tanah persendirian.



“Sudah tiba masanya saya melihat kembali (syarat) dan mewujudkan dasar kebangsaan untuk seragamkan peraturan di seluruh negara,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.


Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan pembinaan rumah ibadat baharu perlu mendapatkan kebenaran PBT bagi mengelak masalah, khususnya menbabitkan pemilik tanah menuntut semula hak mereka.


Ia susulan pertikaian tanah antara Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya dengan syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City), yang mencetuskan rusuhan serta ketegangan kaum dan agama, awal pagi Isnin lalu.


The post Peraturan, undang-undang pembinaan rumah ibadat akan diseragamkan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop