Expired : 18.06.18

Perbicaraan pertama Najib berkait 1MDB tidak jadi esok

Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadapi perbicaraan pertama berkait 1MDB esok. — Foto oleh Mukhriz Hazim
Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadapi perbicaraan pertama berkait 1MDB esok. — Foto oleh Mukhriz Hazim

PUTRAJAYA, 11 Feb — Datuk Seri Najib Razak berjaya menunda perbicaraan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya berlangsung esok.

Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan permohonan Najib sehingga rayuan kes berkaitan dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.


Tiga panel hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Datuk Yew Jen Kie dan diketuai Datuk Ahmadi Asnawi mendengar permohonan itu.


Ahmadi maklum perbicaraan harus mengikut jadual berikutan tuduhan berat dan kapasiti Najib sebagai bekas perdana menteri.


Bagaimanapun, Ahmadi berkata peguam Najib berjaya menunjukkan “keadaan khusus” untuk menunda perbicaraan.


Katanya, perbicaraan esok mungkin terbatal jika rayuan Najib mengenai kes berkaitan dibenarkan.


Najib dijadual menghadapi perbicaraan pertama berkait 1MDB esok. Tiga berkaitan penggubahan wang haram dan tiga tuduhan pecah amanah.


Satu lagi tuduhan salah guna dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.


Bekas perdana menteri kini berdepan 42 tuduhan daripada beberapa kes.


Baca seterusnya di Malay Mail


Norlida Ishak Shop