Expired : 18.06.18

Perdana Menteri kata sejuta hadir Himpunan 812 hari ini

PETALING JAYA, 30 Rabiulawal 1440H, Sabtu – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak akan menghadiri sambutan Hari Hak Asasi Antarabangsa 2018 anjuran Suhakam, esok.


“Saya buat keputusan kita tidak menerima ICERD. Suhakam mahu (kita) menerima ICERD. Jadi, bagaimana saya akan pergi (esok),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.


Beliau menjelaskan bahawa kerajaan sudah memutuskan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), bertentangan dengan pendirian Suhakam.


Perdana Menteri dijadualkan menjadi tetamu kehormat Suhakam pada sambutan itu, yang akan diadakan di Padang Timur di sini, esok.


Pada mulanya, sambutan itu akan diadakan hari ini, tetapi ditangguhkan sehingga esok atas nasihat polis, selepas perhimpunan meraikan kesyukuran penolakan ICERD – Himpunan 812 – diadakan di Dataran Merdeka petang ini.


Dianggarkan kira-kira sejuta peserta dari seluruh negara menghadiri himpunan mulai jam 3 petang ini hingga jam 6 petang. Peserta tiba di ibu negara sejak semalam dan mula berkumpul di sekitar Dataran Merdeka seawal jam 5 pagi tadi.


Pada masa sama, beliau berterima kasih kepada peserta yang mengambil bahagian dalam Himpunan 812.


“Kita tahu bahawa perhimpunan hari ini dihadiri sejuta peserta. Jadi saya berterima kasih kepada mereka kerana berhimpun meraikan (keputusan kerajaan menolak ratifikasi ICERD),” katanya.


Beliau juga menjelaskan bahawa sambutan anjuran Suhakam perlu ditangguhkan sehingga esok atas faktor keselamatan dan pihak polis tidak mempunyai anggota mencukupi untuk mengawal dua perhimpunan di dua lokasi berbeza.


“Jika ada dua himpunan pada masa sama, pihak polis terpaksa membahagikan anggota mereka kepada dua lokasi berbeza.


“Ia perlu ditangguh ke hari lain kerana kita bimbang jumlah yang ramai akan hadir pada himpunan itu, dan polis memerlukan lebih ramai anggota,” katanya.


The post Perdana Menteri kata sejuta hadir Himpunan 812 hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop