Expired : 18.06.18

“Pergi solat luar, budak-budak tak bersih” Wanita Ini dan Anak-anak Dihal4u Dari Masjid Kerana Ditudvh Kotor

Masjid sepatutnya terbuka untuk semua orang datang menunaikan ibadat asalkan mereka menjaga perlakuan dan adab ketika berada di masjid serta menghormati masjid.


Terdapat segelintir golongan yang kurang senang jika jemaah datang bersama anak-anak kecil mereka kerana beranggapan anak-anak kecil ini akan menggangggu jemaah yang lain.


Seorang ibu kepada lima orang anak ini  Syahidah Mardhiah Azmi meluahkan kekecewaan apabila dia tidak dibenarkan solat di dalam masjid.

Ini luahan ibu ini apabila mereka dihal4u dari masjid.


‘Dia kata anak-anak saya tak bersih. Dia beri 2 helai je telekung yang dah memang kotor.’


Semalam saya kena hal4u masa nak solat dengan anak-anak 5 orang di masjid. Sedih saya. Masa saya nak pilih telekung untuk anak-anak, ada makcik tak bagi ambil. Dia kata anak-anak saya tak bersih. Dia beri 2 helai je telekung yang dah memang kotor. Lepas saya ambil dia kata, “Haa dah pergi solat luar. Budak-budak tak bersih.”


Saya terkejut. Menggig!l tangan nak mar4h. Lepas dia kata tu, saya keluar masjid. Saya duk luar 2 minit. Saja nak redakan emosi. Lepas tu saya masuk balik.


Jauh saya datang, Saya singgah solat masjid ni kejap je. Anak-anak ini bersih, mereka dari pondok.


Saya pergi dekat makcik tu. Saya kata, “makcik, anak-anak saya tak kotor. Sampai hati makcik cakap gitu dekat anak-anak saya. Yang saya bawak ni semua anak-anak pondok, makcik. Bersih hati mereka. Saya dari Pasir Puteh. Jauh saya datang, Saya singgah solat masjid ni kejap je.”



Makcik tu kata, “budak-budak ni lepas main pastu datang masjid. Tu yang kotor. Pastu nak solat.”


“Allahuakbar. Anak-anak saya 6 orang ni baru je saya mandikan sebelum keluar rumah pukul 7.30 petang tadi. Sebelum masuk masjid, saya basuh kencing anak-anak 5 orang ni dengan tangan saya sendiri. Saya pantau diorang ambik wudhuk. Sedih saya orang kata anak saya macam ni.”


Lepastu saya bukak tudung saya. Saya pakaikan dekat anak yang paling besar 8 tahun. Saya kata, “haa pakai ni. Tudung ciksya tak kotor pun. Boleh pakai solat. Awak pun tak kotor, sayang. Ok semua jom kita solat. Yang takde telekung pun ikut ciksya.”


Saya imamkan 5 orang anak saya. Ada pakai seluar pendek, ada yang tudung pun tak pakai. Anak saya yang umur 8 tahun jawab bila ada orang tanya, “takpe tak sempurnapun asalkan solat. Kan ciksya?”



Dia ulang balik ayat saya kata pada dia masa solat Asar tadi. Saya sedang pindah rumah. Saya bawak semua anak-anak 6 orang. Semua barang duk dalam kotak lagi. Nak cari telekung pun tak tahu kotak mana satu. Saya solat dengan pakaian saya. Anak-anak saya pakaikan tudung saya. Kepala tutup kaki togel 
</div>
<script async src=
Norlida Ishak Shop