Expired : 18.06.18

Perisic kian hampir sertai Bayern

PEMAIN sayap Inter Milan dan Croatia, Ivan Perisic mengesahkan dia akan menyertai juara Bundesliga, Bayern Munich, menurut laporan media Jerman.


Perisic dilihat berada di Munich, hari ini dan dilaporkan memberitahu akhbar Bild dia sudah menjalani pemeriksaan perubatan.


Menurut Bild, Bayern akan membayar yuran pinjaman sebanyak lima juta Euro (RM24j) untuk finalis Piala Dunia 2018 itu dengan pilihan untuk mendapatkannya sekitar 20 juta Euro (RM94j) pada penghujung musim.


Kontrak Perisic bersama Inter sekarang akan tamat pada 2022 tetapi dia dilaporkan akan kurang memainkan peranan di bawah jurulatih baru, Antonio Conte.


Dia akan memberi kekuatan di bahagian sayap Bayern selepas Arjen Robben dan Franck Ribery tidak lagi beraksi bersama kelab itu selepas hujung musim lalu.


Gergasi Jerman itu pada awalnya mensasarkan Leroy Sane tetapi perhatian mereka beralih kepada Perisic selepas pemain sayap Manchester City itu mengalami koyak ligamen, minggu lalu menyebabkannya tidak dapat beraksi sehingga awal 2020.


Norlida Ishak Shop