Expired : 18.06.18

Perisytiharan darurat bukan ‘magic’ selesaikan masalah

Perisytiharan darurat tidak menyelesaikan masalah bencana pencemaran di Pasir Gudang, kata peguam Syahredzan Johan.


Beliau yang juga setiausaha politik kepada Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, berkata keputusan mengisytiharkan darurat terletak pada Putrajaya yang tidak perlu berbuat demikian jika situasi semasa masih terkawal.


“Janganlah kita melihat ‘darurat bencana’ sebagai istilah ‘magical’ yang akan menyelesaikan semua masalah di Pasir Gudang, atau sebarang situasi kecemasan.


“Ia bergantung kepada maklum balas kerajaan kepada isu tersebut. Jika ia boleh ditangani, tiada keperluan mengisytiharkan ‘darurat bencana’,” kata Syahredzan menerusi hantaran media sosial beliau.


Seorang lagi peguam, Salkukhairi Abd Sukor berkata, pengisytiharan darurat bencana boleh dibuat berdasarkan Arahan No 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas syor Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) kepada perdana menteri.


Katanya, ia akan tertakluk kepada undang-undang dan tatacara kerajaan yang sedang berkuat kuasa ketika darurat itu.

“Ini bermakna, sekiranya darurat diisytiharkan, kerajaan boleh membuat atau mengeluarkan, atau menggubal sebarang perintah atau undang-undang yang dipanggil sebagai undang-undang darurat di kawasan yang disytiharkan darurat tersebut, tanpa perlu dibawa ke Parlimen untuk diluluskan.

“Secara automatiknya undang-undang biasa yang terpakai dalam keadaan aman tidak lagi terpakai dalam situasi darurat tersebut sehinggalah pengisytiharan darurat tersebut ditarik balik oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan.


Semalam dua orang anggota Parlimen Johor memohon perisytiharan darurat di Pasir Gudang namun ia tidak dilaksanakan kerana situasi semasa sudah berada dalam kawalan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Norlida Ishak Shop