Expired : 18.06.18

“Perjalanan 13 jam, tandas pula tutup” – Isteri Fazley Yaakob lepas ‘hajat’ dalam semak

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob berkongsi detik cemas apabila isterinya terpaksa membuang air di tepi jalan ketika dalam perjalanan pulang ke ibu negara setelah beberapa hari bercuti di Pulau Pinang.


Menurut Fazley, perjalanan selama 13 jam itu memberi tekanan kepadanya apabila kebanyakan tempat rehat dan rawat (R&R) sepanjang lebuh raya itu ditutup.


Isterinya iaitu Datin Azrene Soraya Abdul Aziz juga terpaksa melepaskan ‘hajat’ di sebalik semak samun di tepi lebuh raya tersebut.


“Kita orang memandu sampai 13 jam dari Penang ke Kuala Lumpur, biasanya 3 jam je! Tapi biasalah tu kan, travel time raya. Cuma stress sebab lain.





View this post on Instagram


First time saya dan Adik Sayang @azrene_ahmad drive kereta asing2 bila travel, risau juga bila isteri tersayang drive kereta lain. Kejap2 check dekat cermin, nak pastikan di ada di belakang saya. Nasib baik dia cekap bawak kereta, pandai dia cilok sini sana supaya tak berjauhan dari saya! “You’re a superb driver Adik Sayang!” Cuma siksanya tahu tak kenapa? Kitaorang drive sampai 13 jam dari Penang ke KL, biasanya 3 jam je! Tapi biasalah tu kan, travel time raya. Cuma stress sebab lain. Ya allah, stress sebab R&R banyak yang di tutup, kesian semua orang yang terpaksa buang air tepi jalan, termasuk dalam semak samun! Termasuklah Adik sayang saya! Huhuhu saya jadi #fastandfurious kejap, berhenti tepi jalan, ambik towel untuk coverkan dia, lepas tu dia terus ‘legakan diri’ dalam semak samun. Rupa2nya bukan kitaorang je, ramai lagi terpaksa ‘legakan diri’ tepi jalan atas jalan tar dan tepi jalan macam kitaorang


Norlida Ishak Shop