Expired : 18.06.18

PERJUANGAN MENUNTUT PENGORBANAN

PERJUANGAN MENUNTUT PENGORBANAN


Oleh: Tinta Tebrau


Tebrau, 12 Ogos – Medan Thaqafah bulanan PAS Kawasan Tebrau diteruskan lagi. Kali ini anjuran bersama PAS Kawasan dan Dewan Ulama PAS Johor menampilkan Tn Hj Mustaffa Hj Salleh selaku AJK Dewan Ulama PAS Johor mengupas berkaitan Pengorbanan Perjuangan.


“Sesungguhnya kejayaan Islam itu bergantung kepada sejauh mana pendokong dan pekerja (amilin) berusaha untuk memartabatkan Islam”, ulas beliau kepada hadirin.


“Bahkan berusaha menggunakan segala kekuatan dan kepakaran yang ada untuk mempertahankan dan menjaga maruah Islam sepanjang masa”, tambah beliau.


Kehadiran dan sambutan para ahli PAS yang menggalakkan berikutan ulasan padu oleh panel jemputan itu yang sudi meluangkan masa berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau.


“Perjuangan tidak berakhir di sini sebagaimana ia tidak bermula hari ini”.

Mukaddimah yang diperingat kembali oleh beliau sebagai mengakhiri penyampaian malam tersebut.


Turut sama hadir dan memberi ucapan penutup, Yang Di-Pertua PAS Kawasan Tebrau, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail menyimpulkan bahawa ahli PAS perlu mengorak langkah supaya PAS dikenali sebagai parti yang mampu memimpin negara.


Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, bahkan meminta para ahli untuk terus Istiqamah dan wala’ kepada pimpinan selagi tidak mengubah dasar, merupakan pengorbanan yang cukup besar untuk memastikan Islam terus dimartabatkan.


Harapannya, semoga kupasan Pengorbanan Perjuangan ini memberi impak positif kepada perancangan gerak kerja para amilin untuk terus memastikan Islam memimpin dan bukan dipimpin.



The post PERJUANGAN MENUNTUT PENGORBANAN appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop