Expired : 18.06.18

Perkasa Iskandar Johor Cycling Team

PASUKAN berbasikal negeri Johor mengorak langkah untuk terus diperkasakan apabila kini dikenali sebagai Iskandar Johor Cycling Team.


Pasukan kelab berkenaan akan dibarisi pelumba seperti Nur Aiman Rusli, Fakhruazam Hanifiah dan Nurfitri Ammar Rusl yang dijadual menyertai Tour De Lingga Jati di Jawa Barat, Indonesia bermula Khamis nanti.


Ia adalah antara langkah pendedahan peringkat antarabangsa yang direncanakan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dengan Iskandar Investment Berhad (IIB) bertindak sebagai penaja utama.


“Majlis ini melakarkan satu bentuk kerjasama untuk memastikan Johor kekal sebagai ‘lubuk’ pelumba basikal bertaraf kebangsaan," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB), Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad dalam satu kenyataan.


Sementara itu, Pengarah MSNJ, Mohd Gadaffie Abd Aziz berharap ia proses transformasi pasukan kepada arah yang lebih profesional.


"Namanya dipersetujui untuk di guna pakai MSNJ bagi kejohanan-kejohanan tempatan dan antarabangsa pada masa hadapan termasuk bentuk sokongan lain yang kini sedang diperbincangkan," katanya.


Norlida Ishak Shop