Expired : 18.06.18

Perkhidmatan Penstriman Digital Disney+ Dikatakan Bakal Hadir Dengan Seluruh Katalog Filem Dan Siri TV

Perkhidmatan penstriman Disney+ oleh syarikat Disney sebelum ini sering diura-urakan sebagai pencabar terdekat kepada Netflix, tetapi tidak banyak butiran mengenainya diketahui.


Terkini, nampaknya perkhidmatan tersebut bakal menjadi kenyataan apabila pelbagai laporan menyatakan bahawa Bob Iger, CEO syarikat Disney membuat pengumuman di mesyuarat pemegang saham bahawa Disney+ bakal mempamerkan kesemua katalog filem dan siri televisyen Disney yang pernah ditayangkan.


Katalog ini, yang dinamakan “Vault” ialah “peti simpanan” Disney dimana kesemua filem dan siri dibawah naungan Disney disimpan. Ini termasuklah filem-filem terbaru seperti siri filem Marvel hinggalah filem animasi klasik seperti Snow White, Little Mermaid, The Lion King dan sebagainya.


Disney sebelum ini menggunakan sistem Vault ini untuk menjual filem-filem mereka pada kuantiti yang sedikit, akan tetapi, dengan perkhidmatan Disney+ kelak, mungkin ia lebih mudah untuk menonton filem-filem animasi kegemaran anda.


Satu lagi isu disini ialah buat masa ini, masih tiada butiran sama ada perkhidmatan ini akan hadir untuk pengguna-pengguna di seluruh dunia, ataupun untuk pasaran yang tertentu sahaja.


Norlida Ishak Shop