Expired : 18.06.18

Perlawanan Manchester United ditukar siaran ke kartun tidak benar

Astro menafikan perlawanan melibatkan pasukan bola sepak Manschester United ditukar siaran ke kartun. — Foto ihsan Facebook/Stadium Astro
Astro menafikan perlawanan melibatkan pasukan bola sepak Manschester United ditukar siaran ke kartun. — Foto ihsan Facebook/Stadium Astro

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Stesen TV swasta Astro menafikan pihaknya bakal menukarkan siaran perlawanan melibatkan kelab bawahan Manchester United ke saluran kartun 616.

Memaklumkan perkara tersebut di Facebook Stadium Astro, mereka menyatakan pengumuman berkaitan pasukan tangga ke-12 Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak benar.


Tengah malam tadi, dakwaan tersebut tular di media sosial berikutan kekalahan memalukan pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer di tangan Newcastle United dengan jaringan 0-1.


Kekalahan itu menyaksikan kedudukan The Reds Devil kian terperosok dalam kedudukan liga, hanya dua mata memisahkan  mereka dari zon penyingkiran.


Dalam tiga perlawanan liga termasuk semalam, bekas juara EPL hanya mengutip satu mata, kalah kepada West Ham 0-2 dan seri 1-1 dengan Arsenal di gelanggang sendiri Old Trafford minggu lalu.


Mereka cuma memperoleh sembilan mata dari lapan perlawanan, malah berkemungkinan bakal mengulangi detik hitam tersingkir dari liga seperti musim 1973/1974.


United bakal berdepan laluan lebih getir selepas ini, apabila dijadual bertemu pendahulu liga, sekaligus juara Eropah enam kali Liverpool pada 20 Oktober nanti.


Norlida Ishak Shop