Expired : 18.06.18

Perlembagaan untuk Firaun


KAHERAH, 1 Jamadilakhir 1440H, Rabu – Jawatankuasa Parlimen Mesir meluluskan beberapa pindaan Perlembagaan negara, termasuk membenarkan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi kekal berkuasa hingga 2034.


Semalam, dua pertiga anggota Parlimen mengundi memihak kepada pemimpin tentera yang merampas kuasa daripada presiden yang dilantik secara demokrasi, yang dikemukakan 155 penggubal undang-undang kepada Speaker, Ali Abdelaal pada Ahad untuk meminda beberapa siri artikel Perlembagaan.


Pindaan paling ketara adalah Perkara 140 yang akan memanjangkan tempoh pemerintahan el-Sisi daripada empat ke enam tahum.


Perubahan dicadangkan itu juga termasuk klausa peralihan yang akan menetapkan semula tempoh, yang berpotensi membolehkan el-Sisi kekal berkuasa hingga 2034, menurut draf dilihat Reuters.


Secara dasarnya, perubahan itu membolehkan el-Sisi kekal berkuasa untuk tempoh dua hingga enam tahun selepas 2022, apabila mandat keduanya sebagai presiden berakhir.


Mengulas mengenai perkara itu, Ahli Institut Kajian Hak Asasi Manusia Kaherah, Mohamed Zaree berkata, Perlembagaan itu dibuat untuk Firaun.


Ini kerana katanya, ia memberi banyak kuasa tanpa akauntabiliti.


El-Sisi berkuasa pada 2013 berikutan rampasan kuasa tentera terhadap presiden Mesir yang dipilih secara demokratik pertama, Mohamed Morsi.


El-Sisi yang ketika itu jeneral tentera meletak jawatan berikutan mahu menjadi presiden pada pilihan raya umum 2014. Pencalonan el-Sisi disahkan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.


Sepanjang tempoh pemerintahannya, beliau telah didakwa mengetuai tindakan keras terhadap lawan politiknya, menahan ribuan pembangkang termasuk aktivis hak asasi manusia Mesir. – Agensi


The post Perlembagaan untuk Firaun appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop