Expired : 18.06.18

Permaisuri Agong mohon maaf makan durian guna ‘camca’ dipuji ramai

Tun Azizah Aminah Maimunah Iskandariah makan durian menggunakan sudu dan garpu. — Foto ihsan Twitter/Che Aminah Sayang
Tun Azizah Aminah Maimunah Iskandariah makan durian menggunakan sudu dan garpu. — Foto ihsan Twitter/Che Aminah Sayang

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Permaisuri Agong menunjukkan kesantunannya dengan memohon maaf kepada orang ramai kerana makan durian menggunakan sudu dan garpu.

Malah, Tun Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui Twitter hari ini mengakui cara itu amalan sejak dulu lagi, bagi mengelak tangan berbau.


“Saya minta maaf, sejak kecil lagi diajar oleh tok saya makan durian pakai camca garpu supaya tangan tak berbau,” tulisnya sambil disertai foto seulas durian dalam pinggan.


“Begitu juga dengan rambutan, siap dikupas dan dihiris. Manggis juga begitu.”



sy minta maaf, sejak kecil lagi di ajar oleh Tok saya, makan surian pakai camca garfu supaya tangan tak berbau ..... negitu juga dgn rambutan, siap di kupas dan di hiris .... manggis juga begitu !


Norlida Ishak Shop