Expired : 18.06.18

Permit Himpunan 8 Dis Lulus, Terima Kasih DBKL Dan PDRM – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berterima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) yang telah meluluskan permit Himpunan Aman 8 Dis nanti.


Beliau memaklumkan demikian dalam hantaran di Twitternya hari ini.


“Permit Himpunan 8hb Disember telah luluskan. Terima kasih DBKL & PDRM.


“Kita beramai-ramai hadir tanpa mengira perbezaan. Ini merupakan himpunan aman. Tunjukkan semangat kesatupaduan sejati. Ikut arahan Akta Perhimpunan Aman dan penganjur,” katanya.


Walaupun kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah bersetuju untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), himpunan yang pada awalnya dirancang untuk menolak ICERD tetap diteruskan sebagai tanda kesyukuran. – MediaUMNO


Norlida Ishak Shop