Expired : 18.06.18

Permohonan Maaf Bekas Pemandu, Che Ta Bagi Tempoh Sehingga Jam 6 Petang

Pelakon, Rozita Che Wan memberi tempoh sehingga jam 6 petang kepada bekas pemandu, Muhammad Riduan Mohamad Mizol untuk membuat permohonan maaf.


Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkata permohonan maaf itu boleh dilakukan secara berdepan atau pun menerusi media sosial.


“Saya dengan ini memberi peluang kepadanya sehingga jam 6 petang ini untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.


“Sekiranya gagal, saya terpaksa mengarahkan peguam saya, Wan Sarimah Wan Husain untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berdasarkan beberapa pilihan tindakan undang-undang yang telah kami bincangkan,” ujarnya.


Che Ta ditemui ketika sidang media isu Rozita Che Ta dan bekas pemandunya.


Jelas Che Ta lagi, bagi membersihkan namanya dia telah menghantar notis tuntutan kepada bekas pemandu pada 11 Mac 2019.


“Bagi membersihkan nama saya dari tudvhan tersebut, saya ingin memaklumkan bahawa saya, melalui peguam saya telah menghantar notis tuntutan kepada Muhammad Riduan pada 11 Mac 2019.


“Walaubagaimanapun, sehingga kini, saya dan peguam saya tidak ada menerima sebarang maklum balas, jawapan, atau dihubungi oleh beliau atau wakil beliau.


“Saya amat kesal dengan keengganan beliau tampil hari ini untuk memohon maaf secara terbuka walaupun secara terang kenyataan tersebut berunsur fitn4h dan memalukan saya” jelasnya.


Dalam pada itu, Che Ta juga kesal dengan tuduhan yang dilemparkan bekas pemandu sehingga menjatuhkan reputasinya.


“Saya amat kesal dengan pelbagai tuduhannya antara lainnya mendakwa saya selaku majikan dengan sengaja tidak mahu membayar gaji beliau dan berniat mengani4ya beliau.

“Kenyataan-kenyataan yang tidak berasas ini telah memalukan saya dan menjatuhkan reputasi saya di mata masyarakat,” katanya.


Tambah Che Ta lagi, tindakan yang dilakukan bukanlah untuk memanjangkan isu sebalik mahu memberikan pengajaran.


“Saya mengadakan sidang media ini untuk memberi pengajaran bukan sahaja padanya tetapi sesiapa saja yang menyalahgunakan media sosial untuk memalukan individu lain.


“Tidak kiralah sama ada mereka artis atau sesiapa saja. Anda harus bertanggungjawab dengan setiap tindakan anda dan sedar bahawa anda berdepan risiko dikenakan tindakan undang-undang.


“Kedua, saya memohon agar masyarakat di Malaysia menghentikan budaya men”viral” keburvkan orang lain di media sosial kerana ia bukanlah satu tindakan yang matang dan baik.


“Ia hanya akan memberikan anda kepuasan sementara dan merosakkan maruah orang lain untuk jangka masa yang lama.


“Saya bukanlah artis atau individu pertama yang telah menjadi m4ngsa viral di media sosial.


“Oleh itu, saya berasa bertanggungjawab untuk mengetengahkan isu ini supaya menjadi pengajaran kita semua.


Berikut merupakan notis tuntutan yang dihantar kepada Muhammad Riduan pada 11 Mac 2019.

“Dalam Notis Tuntutan tersebut, saya menuntut antaranya, supaya beliau melakukan perkara-perkara yang berikut:


“i.​tanpa kelengahan menghentikan perbuatan fitn4h kepada saya;


“ii.​tanpa kelengahan memadam kenyataan-kenyataan dan/atau gambar-gambar yang memfitnah saya;


“iii.​dalam masa 48 jam daripada tarikh notis tuntutan tersebut membuat jaminan dan akujanji secara bertulis bahawa beliau tidak akan mengulang penerbitan kenyataan-kenyataan fitn4h atau apa-apa kenyataan yang serupa;


“iv.​dalam masa 48 jam daripada tarikh notis tuntutan tersebut membuat kenyataan permohonan maaf di platform media sosial beliau; dan


“v.​membuat permohonan maaf secara terbuka di sidang media pada hari ini,” jelasnya.


Terdahulu, menerusi Facebook, bekas pemandu yang baru sahaja bekerja dua bulan itu mendedahkan Che Ta enggan membayar gajinya sebanyak RM2,000.


Sumber : Gempak


Norlida Ishak Shop