Expired : 18.06.18

“Pernah Kritikal 90 Peratus Bergantung Pada Mesin, Lepas Tu Turun 65 Peratus. Hari Ni Dah Turun Lagi 50 Peratus,” – Abby Abadi Kongsi Perkembangan Baby D


Awal semalam, Abby Abadi menerusi Instagram sekali lagi berkongsi mengenai perkembangan anaknya yang dilahirkan pra-matang, Muhammad Danial Firman Faizal.


Mencecah usia 16 hari, Abby menyatakan rasa syukur atas perkembangan baik anaknya itu selain mendoakan agar anak bongsunya itu kuat.


“Muhammad Danial Firman Faizal. Sempat Mama scan 6D aritu sebelum terberanak hihi. Sekarang dah lahir dah dia. Keluar pramatang 24minggu dgn berat 535gm.


“Minggu pertama turun 470gm, skrg 16hari dah naik 600gm, sekelip mata segalanya berlaku… rasa mcm masih bermimpi pun ada.


“Yer…Hari ni hari ke 16 dah.. Ya ALLAH, hebat terus ye anak Mama Abah. Terus kuat & bertahan ok. Mama dah ada set bantal dia, pastu nanti Mama nk buat cantik2, nk hias comey2 katil dia utk sambut dia balik ye hehe.. Amin Amin semoga ALLAH permudahkan,” tulis Abby.


Malah, bintang Gerak Khas ini turut memaklumkan bayi yang sinonim dipanggil -Baby D itu kini hanya 50 peratus bergantung kepada bantuan mesin untuk bernafas berbanding 90 peratus sebelum ini.


“Tadi pagi2 lagi Mama & Abah @jaiezzany dah jenguk Baby Danial. Hantar susu, urut2, sembang2 lagi hihi.


“Haritu pernah kritikal 90% bergantung pada machine kan? Lepas tu turun 65%. Hari niii dah turun lagi 50% . Berkat doa semua… Syukur.


“Terus mendoakan Baby Danial Sy ye. Kami sayang dia sangat! Dan Sy tahu ada ramai juga Sahabat2 disini yg syg pada Baby Danial kan walaupun tak pernah tengok.


“Tadi jumpa Doc pun, dah lain dah cara Doc bercerita tentang Baby Danial . Kuat anakku sayang.


“Ps: Ni, sehari sebelum masuk hospital haritu. Pergi HBSB aritu sebenarnya untuk berehat je sebab bacaan darah tinggi & turun naik… ingat dah ok, minta keluar balik mcm yg Sy pernah buat kalau check in di KPJ Tawakal.


“Rupanya, hospital kerajaan tak buleh suka suki dah masuk nk keluar mcm tu huhu… Dah masuk, berserah & bertabahlah,” tulisnya panjang lebar.





View this post on Instagram



Muhammad Danial Firman Faizal ❤️ . Sempat Mama scan 6D aritu sebelum terberanak hihi


Norlida Ishak Shop