Expired : 18.06.18

Pernah Terima Labu Sayong Berbalut Kain Kuning, Ramlah Ram Imbau Kenangan Berdepan Peminat Fanatik

Seniwati Ramlah Ram yang terkenal dengan lagu Kau Kunci Cintaku dan Sesaat Kau Datang mengimbau kembali momen-momen yang pastinya sukar dilupakan ketika berhadapan dengan sesetengah peminat fanatik.


Ramlah Ram yang sudah lebih hampir 30 tahun berada dalam dunia seni sudah pasti mempunyai banyak kenangan dalam bidang hiburan ini.


Menurutnya, ada ketika dia dihadiahkan dengan barangan berunsur mistik , diekori sampai ke rumah malah mengaku sebagai suami adalah antara kenangan yang sukar dilupakan.











 












View this post on Instagram



















 






Thanks @nazry_butik …..teringat balik diantara kenangan manis yang tidak akan akak lupakan??? #repost @nazry_butik ??? BINTANG PALING POPULAR 1988.. @ramlahram383 … BINTANG YG MASIH SEGAR DALAM INDUSTRI HIBURAN SEHINGGA HARI INI.. MAMPU BERSAING DGN ARTIS2 BBNU SKG.. MASIH MENGEKALKAN KEY ASAL APABILA MENYANYI DI MANA2 SHOW & LIVE.. SATU2NYA VOKAL TERBAIK DLM NEGARA YG MASIH BERTAHAN..USIA 55 BKN BERMAKNA PERLU BERAKHIR DLM INDUSTRI..BERDIRI TEGUH DGN KELANTANGAN VOKAL YG BAIK SEHINGGA SKG.. JOM RAMAI2 DGRKAN LAGU TERBARU KAK RAMLAH RAM KITA.. MASAR CINTA DI YOUTUBE.. SEMOGA TERUS KEKAL DLM INDUSTRI… KEPADA ARTIS BARU CONTOHILAH SIKAP BELIAU YG LOW PROFILE & BERBAIK DGN SMUA ORG.. GOOD LUCK KAK RAMLAH RAM..????????


A post shared by RAMLAH RAM official (@ramlahram383) on




Ramlah Ram yang ditemui Media Hiburan berkata, dia pernah menerima hadiah misteri seperti labu sayong yang dibalut dengan kain kuning daripada peminat rahsia.






“Apa yang masih saya ingat, bila buka hadiah di rumah, saya lihat ada pemberian labu sayong yang bertutup dengan kain kuning. Disebabkan takut, saya tak jadi nak buka,”


Mengenangkan budaya dan perkara mistik yang mungkin terjadi, seniwati ini tidak sekali-kali menerima hadiah sebarangan dan sentiasa mengamalkan ayat-ayat Al-Quran untuk memohon perlindungan daripada Allah S.W.T.


Malah, dirinya juga pernah didakwa sudah berkahwin dan mempunyai anak. Ini berikutan ada individu yang telah melayangkan surat palsu kepada syarikat media yang mengatakan bahawa individu tersebut merupakan suami kepada Ramlah Ram.








 












View this post on Instagram



















 


#repost @ramlahramgroup ??? Cantik penampilan akak kita dalam urtv keluaran raya pada masa tu .Bukan saja dengan “baju raya” favorite warna biru dia pada tahun tu tapi siap bagi resepi kueh sepit, kueh kapit, kueh nyonya dan ada lagi namanya ikut negeri kat Malaysia ni. Buat peminat yang “bercuti peristiwa khas” tahun 2020 ni boleh la try buat kueh simple tetapi sedap bila di makan. Sambil buat kueh boleh la layan lagu lagu raya akak kita ni yang dirakam lebih 10 buah lagu di sepanjang kariernya menghiburkan kita semua. Apa yang pasti Hari Raya Hari Bahagia nyanyian beliau meletop setiap tahun.. #shareshareceritaraya @ramlahram383 #ramlahram383 #suara #takbir #lagu #raya


A post shared by RAMLAH RAM official (@ramlahram383) on









“Isu tersebut kecoh diperkatakan gara-gara individu tersebut melayangkan surat kepada syarikat media dan mengaku sebagai suami saya. Sehingga kecoh jadinya!”


Bercerita dengan lebih lanjut, ada juga peminat yang menunggu dirinya di kampung, singgah dan mengelilingi rumah setiap petang dan sentiasa menghantar bunga kepadanya. Dalam pada masa sama, Ramlah turut berkesempatan mengucapkan terima kasih di atas pemberian setiap apa yang diberikan peminat kepada dirinya.


Dalam perkembangan lain, dia kini baru sahaja melancarkan single berjudul Masar Cinta hasil ciptaan Allahyarham Suzaimi Soaib.


Sumber : Media Hiburan