Expired : 18.06.18

Perodua Axia 2019 Dilancarkan Dengan Rekaan Seakan ‘SUV’

Mula dilancarkan sejak September 2014, model Perodua Axia berjaya menjadi pilihan ramai Rakyat Malaysia. Rekaannya yang kecil dan penggunuaan minyak yang ekonomi membuatkan model ini berjaya dijual dengan laris menggantikan Perodua Viva.


Genap lima tahun berlalu, Perodua Axia pada tahun ini tampil dengan rekaan dan ciri yang berbeza melalui model Perodua Axia 2019. Bersempena dengan model terbaru ini, Perodua telah melancarkan enam variasi buat Axia yang menampilkan variasi standard, E, GXtra,Style, Advance dan SE.



Axia 2019 (3)

Sumber: Perodua



Axia 2019 (2)

Sumber: Perodua



Seperti model sebelum ini, Perodua Axia 2019 masih lagi dilengkapi dengan enjin 1.0 liter tiga slinder yang dipandankan bersama kotak gearbox manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan.


Perodua mengesahkan model ini dilengkapi dengan ciri penjimatan minyak yang baik dimana para pengguna berpeluang mendapatkan 22.5 kilometer pada setiap liter untuk variasi manual manakala 21.5 kilometer untuk satu liter bagi variasi automatik.


Antara fungsi yang dinantikan ramai pada model ini telah disertakan dimana Perodua Axia hadir dengan ciri-ciri keselamatan seperti Vehicle Stability Control (VSC) dan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 membuatkan model ini menjadi model dengan ciri keselamatan yang baik untuk harga RM43,000 dan kebawah.


Axia 2019 (4)

Sumber: Perodua



Buat anda yang mahukan lebih penggayaan, Perodua Axia 2019 dengan variasi Style mungkin menjadi pilihan anda rekaan seakan SUV. Grill bahagian hadapan dan sport rim turut disertakan membuatkan model ini tampil lebih garang dan kemas. Selain itu, Perodua Axia dengan variasi Style turut hadir dengan warna eksklusif ‘Sunrise Orange’.


Berikut kami kongsikan kepada anda harga rasmi bagi Perodua Axia 2019 bagi keenam-enam variasi. Adakah model ini bakal menjadi pilihan anda berdasarkan ciri yang ditawarkan?


Axia Standard E – RM24,090
Axia Standard G – RM33,490
Axia GXtra – RM34,990
Axia Style – RM38,890
Axia SE – RM38,890
Axia Advance – RM43,190


Kami kongsikan anda beberapa lagi model keluaran Perodua yang menjadi pilihan ramai. Klik pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.



Tempahan Perodua Axia 2019 Sudah Mula Dibuka Dengan Harga Serendah RM 24,090





Perodua Myvi Dilancarkan Di Singapura Dengan Harga RM197,093





Tonton Ulasan Awesome Engear Untuk Perodua Aruz




Norlida Ishak Shop