Expired : 18.06.18

Persiapan Sebelum Bekerja Di Malaysia, Kerajaan Nepal Cadang Ajar Subjek Bahasa Melayu Di Sekolah

Kerajaan Nepal bercadang untuk perkenalkan pelajaran Bahasa Melayu (BM) sebagai mata pelajaran elektif di sekolahnya bagi persiapan kepada pelajar untuk menceburi bidang profesional di Malaysia.


Perkara ini dibincangkan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Nepal Giriraj Mani Pokharel semasa perbincangan dua hala dengan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik, lapor Daily Express.



Walaubagaimanapun, perkara ini baru berada di peringkat cadangan dan akan dibincangkan lebih lanjut bersama dengan Kerajaan Nepal.


Untuk rekod, lebih 357,000 rakyat Nepal menguasai sektor keselamatan (pengawal keselamatan), pembuatan dan hospitaliti di Malaysia.


Pembelajaran awal Bahasa Melayu bukan sahaja mampu memberi kelebihan kepada rakyat Nepal, malah akan memberi manfaat apabila sebahagian daripada mereka mahu bekerja di Malaysia kerana akan membantu dari sudut komunikasi.


Giriraj juga menyambut baik cadangan Maszlee agar Malaysia menubuhkan satu institut bahasa di negara Asia Selatan bagi mengajar Bahasa Melayu kepada rakyat Nepal.


Usaha Maszlee ini dilihat sebagai salah satu usaha beliau untuk memperkasakan Bahasa Melayu di kalangan rakyat luar negara.


Ini juga adalah perkembangan yang positif bagi memperkenalkan budaya Melayu kepada dunia luar.


Terbaharu, Emilia Clarke juga sudah ‘fasih’ berbahasa melayu. Klik pautan di bawah untuk membaca.



Lihat Emilia Clarke ‘Fasih’ Berbahasa Melayu





Bagaimana Lelaki Ini Dapat Bertemu Wanita Bosnia Fasih Berbahasa Melayu Di Sarajevo





Sarimah Ibrahim Dipuji Fasih Berbahasa Melayu Walaupun Dibesarkan Di Luar Negara




Norlida Ishak Shop