Expired : 18.06.18

Persoal Tindakan Polis Reman Patrick Teoh, Netizen “Sekolahkan” Sharifah Amani

Kelantangan Sharifah Amani bersuara di laman Twitter mengundang perhatian netizen apabila beliau difahamkan meluahkan rasa terkilan terhadap penangkapan selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh.


sharifah amani


Menerusi perkongsiannya, Sharifah Amani atau lebih mesra disapa dengan panggilan Nani dikatakan mempersoal mengapa pihak polis membawa Patrick keluar daripada rumahnya lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini.


Tambah Nani, pada usia warga emas sepertinya, Patrick yang kini mencecah 73 tahun tidak sepatutnya dilayan seperti seorang penjenayah.


sharifah amani patrick teoh


“Patrick is 73 years old. Why are you treating an elderly man like a criminal?


“Taking him away from the safety of him home during a pandemic? #BebasPatrickTeoh,” tulisnya.


Perkongsian berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang majoritinya kurang bersetuju dengan pelakon filem Sepet ini.


Lebih perit, ada juga dalam kalangan mereka seakan mengajar Nani soal undang-undang dan memberitahunya supaya tidak masuk campur dalam hal ini kerana masih berada di bawah proses perundangan.


sharifah amani patrick teoh sharifah amani patrick teoh sharifah amani patick teoh


sharifah amani patrick teoh


Terdahulu, Patrick direman atas tuduhan memuat naik kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor.


Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan rangkaian yang tidak betul.