Expired : 18.06.18

“Pertama Kali Nampak Umie Post Dengan Lovely Husband,” – DS Umie Aida Kongsi Foto Sama Suami Di Mekah

Pelakon Datin Seri Umie Aida ada yang ketika ini sedang berada di tanah suci bagi menunaikan haji bersama jemaah lain ada berkongsi fotonya bersama suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.


Jarang sekali memuat naik foto bersama, posting yang dibuat bintang yang baru mengambil anak angkat ketika ini cukup mencuri perhatian.




Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat dan rakan selebriti tidak melepaskan peluang menitipkan sesuatu buat pasangan ini.


Rata-ratanya mendoakan agar mereka dikurniakan haji mabrur serta dipermudahkan segala urusan.



Selain Umie, beberapa bintang terkenal Malaysia turut berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.


Antaranya ialah Fizo Omar, Wany Hasrita, Ashraf Muslim, Erra Fazira dan ramai lagi


Foto: Instagram Datin Seri Umie Aida


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop