Expired : 18.06.18

Pertarungan Khabib - Ferguson cetus spekulasi

PRESIDEN UFC, Dana White yakin pertarungan Khabib Nurmagomedov menentang Tony Ferguson tetap berlangsung tanpa penonton tetapi dia enggan mengesahkan lokasi pertarungan.


Pertarungan berprofil tinggi itu mula mencetuskan tandatanya apabila atlet Russia itu kembali ke negara asalnya walaupun aksi itu bakal berlangsung pada 18 April.


Bagaimanapun, White menegaskan pertarungan akan diteruskan walaupun dunia kini berdepan Covid-19 bermakna penonton tidak akan dapat menyaksikannya dari tempat duduk mereka.


“Saya tahu (venue pertarungan),” kata White dalam Instagram.


“Tetapi saya tidak bersedia memberitahu anda. Saya tahu banyak perkara. Tidak akan ada seorang pun penonton, ia akan menjadi acara tertutup.”


Nurmagomedov sebelum ini berlatih di Akademi Kickboxing Amerika di San Jose, California dengan lokasi pertarungan itu kini mencetuskan spekulasi selepas Brooklyn tidak lagi menjadi pilihan.


Bagaimanapun, pengurusnya mengesahkan atlet itu kini pulang ke Russia susulan pandemik Covid-19.


Penyokong mulai ragu dengan pertarungan pada 18 April dengan ramai menyifatkan ia terkena ‘sumpahan’ selepas empat kali dibatalkan.


Nurmagomedov turut melahirkan keraguan dalam Instagramnya semalam.


“Kami tak faham dengan apa yang berlaku sekarang,” katanya yang bergambar bersama anak rakan sepelatihnya.


“Di mana akan kami bertarung dan adakah ia menjadi kenyataan,” katanya. “UFC 249 apa kamu ni?”