Expired : 18.06.18

Pertemuan mahabbah Muslimat PAS dan Wanita UMNO cipta sejarah


Oleh : Rosmah Rahman

11 April 2019


SANDAKAN : Satu sejarah telah tercipta dalam arena politik Sandakan apabila berlakunya pertemuan silaturahim antara Dewan Muslimat PAS dan Pergerakan Wanita UMNO Zon Sandakan pada selasa lalu.


Majlis tersebut telah diadakan di rumah Ketua Wanita UMNO Kinabatangan, Hajah Aminah Haji Johan, di Taman Tyng dekat sini dan telah dihadiri oleh kira-kira 30 orang AJK bagi setiap parti.



Antara yang hadir ialah Ketua Wanita UMNO Sandakan, Salbiah Haron, Ketua Wanita UMNO Beluran, Sarimah Eting, Ketua Wanita UMNO Libaran, Hajah Ramsah Taha, Ketua Wanita UMNO Batu Sapi, Suhana A. Tahir dan beberapa orang AJK lain.


Pimpinan yang hadir daripada pihak PAS pula terdiri daripada Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu, Ketua Muslimat PAS Batu Sapi, Norliah Omar dan beberapa orang pimpinan Muslimat PAS Zon Sandakan yang lain.



Ketika ditanya, Norsah berharap agar pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada ukhuwah dan kerjasama Muslimat PAS dan Wanita UMNO di semua peringkat dan kawasan seluruh negeri Sabah.


Pertemuan yang berlangsung dalam suasana kasih sayang itu merupakan manifestasi gelombang perpaduan ummah antara kedua-dua parti.


Disamping itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan bertukar-tukar pandangan tentang senario politik yang berlaku di tanah air.




The post Pertemuan mahabbah Muslimat PAS dan Wanita UMNO cipta sejarah appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop