Expired : 18.06.18

Perusuh 'seragam polis' bukan anggota kami, kata KPN

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perusuh lelaki yang fotonya berseragam hanya bekas sukarelawan polis. ― Foto oleh Yusof Mat Isa
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perusuh lelaki yang fotonya berseragam hanya bekas sukarelawan polis. ― Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Ketua polis negara menafikan anggotanya terbabit dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 di Subang Jaya Isnin lalu.

Tersebar foto lelaki berseragam polis, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata individu sebenarnya "bekas sukarelawan polis," lapor Harian Metro.



"Selepas diperiksa lelaki berkenaan adalah bekas sukarelawan polis, namun sudah lama diberhentikan atas sebab-sebab tertentu," katanya.


Justeru, dakwaan individu itu adalah polis "tidak benar sama sekali", katanya dengan merujuk rakaman sembilan saat yang tular di media sosial.



Dalam klip itu, seorang lelaki dilihat sedang mengawal kemarahan ketika rusuhan pada 26 November lalu. Fotonya berseragam polis kemudian tular.


Dalam rusuhan tersebut, seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim patah tulang rusuk dan mengalami kecederaan dalaman.


Norlida Ishak Shop