Expired : 18.06.18

Perutusan Presiden PAS Sempena Bulan Ramadhan 1439H


PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA BULAN RAMADHAN 1439H


Bulan Ramadhan bulan anugerah daripada Allah S.W.T, di mana kita dijemput menjadi tetamu Allah S.W.T dengan diberi ganjaran dan fadilat berlipat kali ganda melalui ibadat khusus di Bulan Ramadhan seperti berbuka puasa, bersahur dan Solat Terawih atau ibadat umum yang biasa kita lakukan di bulan yang lain.


Bulan ini juga bulan memperbaiki akhlak dan aspek rohani dengan meninggalkan amalan yang boleh mengurangkan pahala puasa walaupun sah dari segi hukumnya. Lakukan sebanyaknya ibadat sunat sebagai bekalan untuk menghadapi cabaran mendatang. Ambil kesempatan berdoa di waktu yang makbul dan pelihara rukun-rukun dan adab-adab puasa supaya tidak kerugiaan.


Ini semua hidangan yang wajib kita ambil kesempatan sepanjang sebulan dan mestilah kita menerima undangan Allah ini dengan sebaik-baiknya. Semua ibadat ini mengandungi fadhilat yang amat besar kepada mereka yang berhajat kepada Allah. Kita mohon pertolongan dan berdoa agar diberi kekuatan untuk melakukan ibadat dan mujahadah melawan hawa nafsu.


Firman Allah S.W.T:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183(


“Wahai orang-orang beriman! DIwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah: 183)


Akhir sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada.




ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS



The post Perutusan Presiden PAS Sempena Bulan Ramadhan 1439H appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop