Expired : 18.06.18

PERUTUSAN RAMADHAN OLEH YANG DIPERTUA PAS KAWASAN BATU SAPI


1. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 berbunyi;


{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ}


“Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa.” [Surah Al-Baqarah: 183]


2. Menerusi ayat tadi, jelas menggambarkan bahawa ibadah berpuasa ini merupakan suatu tuntutan utama yang wajib dilaksanakan lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Ramadhan. Pada masa yang sama, ibadah-ibadah lain juga turut diberikan keutamaan seperti berzakat, menunaikan solat sunat tarawikh, bersedekah dan seumpamanya. Maka itu, sudah tentu bulan Ramadhan ini menyediakan suatu tempat dan masa yang begitu kondusif dan khusus bagi mentarbiyah jiwa dan ruh kita agar lebih mendekatkan diri lagi pada Allah SWT.


3. Namun begitu, dalam memenuhi tuntutan ibadah marilah kita bersama-sama mentajdid niat selalu agar kita tidak seharusnya menjadi hamba Ramadhaniyyun semata-mata yang hanya bersemangat beribadah kerana istimewanya bulan Ramadhan. Sebaliknya, ayuh marilah kita melatih diri agar seharusnya menjadi hamba Rabbaniyyun yang menetapkan bahawa matlamat ibadah hanya kerana Allah satu-satunya dan bukannya kerana bulan Ramadhan.


4. Akhir sekali, lafaz syukur alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Dengan itu, saya mewakili saf kepimpinan PAS Kawasan Batu Sapi ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada umat Islam seluruh dunia. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding Ramadhan sebelumnya.


SEJAHTERA BERSAMA ISLAM


AHMAD NAUFAL

Yang Dipertua

PAS Kawasan Batu Sapi

1 Ramadhan 1439H

17 Mei 2018


The post PERUTUSAN RAMADHAN OLEH YANG DIPERTUA PAS KAWASAN BATU SAPI appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop