Expired : 18.06.18

Pesakit kuarantin Covid-19 dapat perhatian PAS


Oleh : Mustaman Bin Mustain

25 Mac 2020


SANDAKAN : Prihatin dengan nasib pesakit kuarantin Covid-19 dan keluarga, PAS tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka pagi tadi di Jabatan Pesakit Luar, dekat sini.


Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid dan diterima oleh Pegawai Klinik Kesihatan Sandakan, Dr Zaiton Yahaya bagi mewakili pesakit-pesakit berkenaan.



Kata Sahar, misi yang dilaksanakan ini adalah usaha bersama tiga entiti PAS di daerah ini iaitu PAS Sandakan, PAS Batu Sapi dan PAS Libaran bagi membantu mereka yang dikuarantin di PPR Batu Putih sekarang.


“Sumbangan yang dihulurkan seperti telekung dan sejadah bagi memastikan pesakit-pesakit serta keluarga yang dikuarantin dapat menunaikan ibadah,” jelas Sahar.



Tambahnya, mainan kanak-kanak yang disumbangkan pula bagi memastikan kanak-kanak yang turut dikuarantinkan dapat berpeluang bermain dengan mainan tersebut.


Terdahulu, pihaknya turut menyumbankan Alat Pengukur Tekanan Darah dan makanan kering kepada ‘barisan hadapan’ di Hospital Duchess of Kent semalam sebagai tanda penghargaan kepada wira-wira negara itu.


The post Pesakit kuarantin Covid-19 dapat perhatian PAS appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).