Expired : 18.06.18

Pesawat meletup ketika mendarat, 41 penumpang terbunuh

Seramai 41 penumpang disahkan terbunuh apabila sebuah pesawat komersil meletup ketika melakukan pendaratan cemas petang semalam.


Kejadian menggemparkan itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Rusia.


Media sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya 13 penumpang pesawat itu termasuk dua kanak-kanak terbunuh.


Namun, angka terbaru yang didedahkan pihak berkuasa sudah mencecah 41 orang.


Terdapat 78 penumpang di dalam pesawat itu termasuk lima anak kapal, dedah

Jawatankuasa Siasatan Rusia.


“Menurut maklumat terkini, seramai 37 lagi dilaporkan selamat,” sumber jawatankuasa itu dipetik sebagai berkata.


Video yang disiarkan saluran berita Rossiya 24 menunjukkan pesawat malang itu mendarat dalam keadaan terbakar di bahagian belakang sebelum meletup.


Penumpang dilihat keluar dari pesawat itu menggunakan gelongsor kecemasan.


Pesawat itu dipercayai berlepas dari utara Murmansk tetapi kebakaran itu berlaku semasa di atas udara dan juruterbang meminta untuk berpatah ke Sheremetyevo. – Metro.co.uk


The post Pesawat meletup ketika mendarat, 41 penumpang terbunuh appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop