Expired : 18.06.18

Pesuruhjaya PAS Melaka Ziarah Ketua Cawangan Kemalangan


Oleh: Shawal Ahmad


KOTA MELAKA: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sedik telah meluangkan masa menziarahi Ketua Cawangan Durian Daun, PAS Kawasan Kota Melaka, Aziz Mamat yang terlibat dengan kemalangan baru-baru ini.


Kamaruddin yang juga Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Melaka ini telah berkunjung dan bertemu dengan beliau di rumahnya, di sini semalam.


Menurut Aziz kemalangan itu berlaku ketika beliau berada di luar rumah dan tersadung di longkang. Beliau mengalami retak di tangan kiri dan telah dirawat di Hospital Melaka.


“Saya ucap terima kasih dan rasa sangat gembira dengan kehadiran (pemimpin) PAS ini yang sudi melawat saya. Sakit ini kehendak Allah SWT,” ujarnya


Pesuruhjaya beserta Ahli-ahli PAS Cawangan Durian Daun juga mengucapkan takziah kepada beliau dan mendoakan agar beliau cepat sembuh.


The post Pesuruhjaya PAS Melaka Ziarah Ketua Cawangan Kemalangan appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).