Expired : 18.06.18

Petisyen Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM Dipadam

Baru-baru ini nama ikon fesyen dan pengusaha terkenal, Datin Vivy Yusof hangat diperkatakan dan menjadi sasaran netizen apabila didakwa telah mempersoal bantuan yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan kerajaan.


petisyen uitm vivy yusof


Susulan itu, satu petisyen juga telah dibuat terhadap Vivy menuntut agar dia meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah UiTM. Difahamkan petisyen tersebut sudah tamat, dimana mereka telah berjaya mengumpul lebih 230,000 tandatangan.


Bagaimanpun, hari ini kecoh di laman Twitter mengatakan petisyen tersebut telah dipadamkan.


vivy yusof petisyen uitm dipadam


Perkara itu diumumkan pengguna laman sosial dikenali sebagai Mazril Mazlan yang juga pelancar petisyen tersebut. Keputusan tersebut dibuat kerana telah pun mencapai sasaran dan selesai.


Terdahulu, selepas teruk dikecam, Vivy telah tampil memohon maaf secara terbuka menerusi akaun Instagramnya dan menjelaskan dia tidak pernah berniat memperkecilkan golongan B40 dan M40 seperti yang didakwa.


vivy yusof petisyen uitm dipadam


Vivy turut menyifatkan kecaman dan tomahan yang dilemparkan kepadanya agak keterlaluan. Dia menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang telah memutarbelitkan kenyataannya.