Expired : 18.06.18

Petra layak ke Shenzen

PEMAIN nombor tujuh dunia Petra Kvitova muncul pemain keenam layak ke pusingan akhir penutup musim WTA di Shenzhen, menurut WTA, hari ini.


Pemain Republik Czech berusia 29 tahun itu meraih gelaran kejohanan pada penampilan sulung pada 2011 akan menyertai Ash Barty, Karolina Pliskova, Simona Halep, Bianca Andreescu dan Naomi Osaka.


Kejohanan itu akan berlangsung pada 27 Oktober sehingga 3 November yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak USD14 juta (RM59j).


“Saya gembira dapat melayakkan diri,” kata Petra, memenangi gelaran di Sydney serta Stuttgart dan menamatkan saingan selaku naib juara pada Terbuka Australia tahun ini menerusi satu kenyataan.


“Selepas membuat permulaan yang baik di Australia, saya berasa bangga mengesahkan tempat saya untuk kali ketujuh.


“Shenzen akan menjadi bandar ketiga saya kunjungi untuk pusingan akhir WTA jadi saya teruja untuk melihat apa yang ada di sana.”


Lapan pemain teratas akan berdepan mengikut format round-robin pada saingan itu dengan pemenang akan membawa pulang Trofi Billie Jean King.


Norlida Ishak Shop