Expired : 18.06.18

PH Bakal Naik Tarif Air Di Seluruh Negara





Jan 9, 2019

0 Comments







TEKAN… Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jelas tidak fikir kebajikan rakyat setelah berkuasa waima belum cukup genap setahun, apabila terus tindas dengan pelbagai kenaikan kos tertentu.


Terbaharu kadar tarif air diumum kemungkinan besar bakal dinaikkan secara berperingkat sepanjang tahun ini konon selaras dengan usaha kerajaan PH untuk struktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.


Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata kenaikan tarif sumber asli itu perlu dilaksana bagi jaga kepentingan pengguna untuk dapat air berkualiti serta jamin industri tersebut dari sudut perkhidmatan.


“Namun, saya boleh kata kenaikan ini tidak akan beban rakyat dan kami akan runding dengan semua (kerajaan) negeri,” katanya semasa jadi tetamu bagi program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, malam tadi.




Beliau berkata kementeriannya bersama-sama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang berunding dengan beberapa kerajaan negeri untuk dapatkan persetujuan semua pihak sebelum kadar baharu dilaksanakan.


“Kita telah mengemukakan business plan kepada mereka (kerajaan negeri). Sekarang kerajaan negeri berbincang antara mereka… ada tanda-tanda menunjukkan mereka (kerajaan negeri) setuju untuk naikkan tarif air,” katanya.


Kenaikan kadar tarif air masih belum ditetapkan kerana setiap negeri ada kadar tarif berbeza, kata Xavier. Apa yang pasti, pengumuman terbaharu ini jelas bukannya berita gembira buat rakyat marhaen. – Agensi/Mynewshub.TV





Loading...








Artikel Berkaitan



Norlida Ishak Shop