Expired : 18.06.18

‘PH boleh jatuh kerana isu PTPTN’: Syed Saddiq


SHAH ALAM, 29 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), antara faktor membawa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.


Justeru, beliau berkata, kemelut yang berlaku ketika ini membabitkan isu pembayaran balik pinjaman perlu dikendalikan dengan baik, bagi mengelakkan kesan buruk kepada kerajaan.


Syed Saddiq berkata, jika suara dan pandangan anak muda tidak diambil peduli, ia boleh menjatuhkan kerajaan PH.


“Isu PTPTN yang bawa kita masuk dalam kerajaan. Jangan sampai ia bawa kerajaan jatuh kerana isu ini.


“Sebab itu bila PTPTN buat pengumuman mengenai mekanisme baharu berkaitan pembayaran balik pembiayaan, saya nyatakan ia perlu dibawa ke mesyuarat jemaah menteri,” katanya dalam program Bicara Minda Sinar Harian, hari ini.


Terdahulu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini memaklumkan penangguhan pelaksanaan skim potongan gaji berjadual (PGB) PTPTN, yang sepatutnya dikuatkuasakan 1 Januari tahun depan.


Maszlee berkata, pelaksanaan skim baharu itu digantung buat sementara waktu sehingga pihaknya mengumpul pandangan dan maklum balas daripada semua pemegang taruh.


The post ‘PH boleh jatuh kerana isu PTPTN’: Syed Saddiq appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop